![]() |
| kredit: clipartkid |
Kata pakar motivasi, jika kita gagal untuk merancang,
sebenarnya kita merancang untuk gagal. Haa, takkanlah kita nak gagal dalam
mengerjakan umrah, ye tak? Tunggu apa lagi? Jom kita rancang!
Kita perlu faham, merancang untuk mengerjakan umrah bukan
hanya seperti merancang untuk ke tempat percutian yang lain. Memang benar kita
seolah-olah bercuti, iaitu bercuti dari memikirkan tentang kerja dan rutin
seharian. Namun percutian kali ini bukan sekadar percutian yang menjamu mata
dan selera. Malah lebih dari itu. Kita akan ke dua buah kota yang mempunyai
‘rumah Allah’ dan juga menziarahi maqam Junjungan Besar Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa salam. Paling utama, kita akan menjamu rohani kita yang
mungkin selama ini kelaparan menanti untuk disuapkan dengan pelbagai hidangan
kerohanian.
Perancangan ini sangat perlu kerana banyak perkara yang akan
dikorbankan. Jadi biarlah segala yang dikorbankan itu berbaloi, dan paling
penting ianya diterima oleh Allah subhanahu wa ta'ala.
Di dalam blog ini, kita akan bincangkan perancangan dari
lima aspek iaitu perihal yang berkaitan dengan apa, bila, di mana, siapa dan
bagaimana? Setiap persoalan ini merangkumi banyak skop. Ianya tidak mengikut
turutan kejadian yang biasanya berlaku kerana kronologi setiap perjalanan umrah
itu berbeza mengikut individu dan keadaan.
Tetapi saya telah mengumpulkannya
mengikut 5 jenis soalan dan cuba memastikan agar tiada perincian yang tertinggal. Perinciannya akan dikemukakan selepas ini. Anda boleh klik pada link pada setiap soalan tersebut.
5 Jenis Soalan dan Sub Soalan
- Apa yang kita hendak buat?
- Apa yang perlu dibuat?
- Apa yang perlu disiapkan?
- Apa yang perlu dibawa?
- Apa yang perlu diambil kira?
- Apa lagi yang perlu tahu?
- Bila nak pergi?
- Bila nak serahkan dokumen?
- Bila kursus umrah?
- Bila hendak jelaskan bayaran penuh?
- Bila keluar VISA?
- Di mana nak mendaftar?
- Di mana nak beli tiket kapal terbang?
- Di mana nak tempah bilik hotel?
- Di mana nak beli kelengkapan umrah?
4. Siapa?
- Siapa yang perlu ikut serta?
- Siapa yang perlu tahu?
- Siapa yang bertanggung jawab keluarkan Visa?
- Siapa yang boleh uruskan Visa?
- Siapa ketua perjalanan?
- Siapa mutawif bertanggung jawab di tanah suci?
5. Bagaimana?
- Bagaimana hendak mengerjakan umrah?
- Bagaimana hendak mengerjakan umrah badal?
- Bagaimana hendak menguruskan jadual di tanah suci?
- Bagaimana hendak menguruskan diri di tanah suci?
- Bagaimana hendak uruskan anak kecil di tanah suci?
- Bagaimana hendak dapatkan keperluan di tanah suci?
In sha Allah, setiap soalan di atas kita akan bincangkan satu-satu. Jika anda ada soalan lanjut, boleh tanya di ruang Comments. Klik pada link setiap soalan untuk pergi pada huraiannya. [In progress]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan